Dongak Ke Tanah
Blog Kerjasama Dua Hala Langkawi-Taiping
Friday, 30 May 2014
Malam
Jangan ragu sayang
malam tak akan lewat datang
duduk lah dihalaman
bila senja merah mula memancar
lihatlah
indahnya siang bertukar malam
bila angin malam menyapamu
selimutlah tubuhmu
jangan risau sayangku
itu cuma pelukan rindu sang malam
setelah sehari tidak ketemu
bila kau takut dengan gelap pekat
keluarlah dari kamar
berjalanlah kau mengikut langkahmu
jangan risau sayang
sang bulan sentiasa menemani
menyinari jalanmu
Jika kau sudah lelah
pulanglah sayangku
rebahkan tubuh di ranjang tua itu
pejamkan matamu dan tidurlah sayang
moga mimpi mimpi syurga membuai indah jiwamu
dan jangan sesekali takut dengan hari esok
kerana malam akan kembali lagi menyapa kita.
Wednesday, 28 May 2014
Melayu Nak Jadi Setan II
Rozaidi hanya berlari ikut ketua kampung. Dalam kepalanya masih keliru, dicampur serabut memikirkan rumahnya yang ditinggalkan tanpa menutup pintu. " Harap harap tengah hari ni benda ni boleh setel, dan aku boleh balik rumah makan nasik.",fikir Rozaidi.
Mereka terus berlari kearah hutan di tepi kampung. Jalan denai dalam hutan itu dihafal oleh Tok Ketua, kerana tiap minggu dia masuk ke hutan itu untuk menjerat ayam hutan. Apabila sampai di kawasan hutan yang agak lapang, mereka berhenti melepaskan lelah. Hanya mereka berdua saja yang sampai di situ. Orang kampung yang lain mungkin ketinggalan di belakang. Siapa peduli, nyawa masing masing.
"Tok ketua, macam mana boleh jadi sampai macam ni?", tanya Rozaidi pada Tuk Ketua. Dia duduk menyandar di satu perdu pohon tumbang .
"Entah lah Di, kemarin si Murad masuk hutan, nak tengok jerat pelanduk. Baliknya dari hutan senja tu benda lain yang dibawak balik. Murad sejak balik, mulutnya asyik terkumat kamit, sebut 'melayu nak jadi setan'. Apa jadah nak jadi setan pun aku taktahu, bini dia lah yang bagitahu."
" Pagi ni dia dah meraung raung sebut benda tu. Bini dia datang cari aku, suruh tengokkan. Bila kami sampai rumah dia habis dinding rumah Lee Box sebelah ditumbuknya. Dah la rumah Lee Box tu tengah renovate. Bayar dekat tukang Indonesia tu pun tak habis lagi. Yang aku pelik, macam mana dia dapat kuasa macam tu? Lepas rumah Lee Box, rumah orang kampung pulak ditumbuknya. Ada sampai yang tertimbus hidup hidup, sebab rumah runtuh".
" Habis kita nak buat macam mana ni tok? takkan kita nak pergi mengadu dekat YB? Takpayah la, YB dah tengah pening nak buat hudud, penyatuan orang Melayu lagi, kalau boleh kita setel benda ni sendiri. Kita cari jalan Tok." , ujar Rozaidi.
"Hmmm.." Wajah Tok Ketua berkerut memikirkan sesuatu.
Dari jauh kelihatan satu bayang bayang hitam mendekati mereka perlahan lahan.....
(Bersambung)
Monday, 26 May 2014
Monolog
Kadang kadang aku terfikir kembali, apa yang aku perlukan dalam hidup ni. Buah fikiran ni selalunya akan bawa aku ke jalan buntu. Selalunya aku akan tidur bila puas memikir benda benda soal hidup ni. Dan apabila aku bangun, selalunya aku akan terlupa tentang apa yang difikir malam tadi.
Tapi malam ini, aku cuba menahan diri untuk tidak tidur. penat bekerja dari 8 pagi hingga 12 malam aku persetankan. Kali ini biarlah hatiku puas. Dan aku cuba imbas kembali momen momen lama yang aku ingat. Aku ingat kembali pada satu tahap aku tak punya duit, tapi aku punya kawan jadi kebahagiaan itu datang. Pada satu saat lagi aku punyai duit, tapi aku tak punyai kawan aku kesunyian. Jadi apakah soal duit ini mempengaruhi kegembiraan seseorang? Jawapan yang aku dapat selalunya ya, tapi keadaan aku berbeza. Bagiku teman teman lebih penting.
Aku nyalakan sebatang rokok. Sebenarnya kini memang aku tak dapat berpisah lagi dengan rokok. Maka rokok juga salah suata punca kebebasan pada aku. Bila aku merokok, udara udara kebebasan itu meresap menjadi nyawa aku. Boleh dikatakan rokok adalah salah satu teman baik aku, disaat aku susah dan senang. Dan aku tidak pernah bermimpi untuk tinggalkannya.
Dengan dua benda ini (rokok dan teman teman) aku melawan perasaan sunyi. Aku buka mata terhadap dunia baru bersama mereka. Aku lalu segala advencer advencer yang tak mungkin aku hadap tanpa mereka berdua. Aku menulis atas dorongan mereka berdua. Lalu apabila rokok sudah sampai ke puntung, aku perolehi semangat baru. Dan aku bersumpah bersama rokok di jariku, kebahagiaan dan keperluan dalam hidup itu subjektif dan mungkin aku sudah perolehinya.
Wednesday, 7 May 2014
Kami
kau datang megah
membawa panji panji yang kononnya pembangunan
kau katakan pada kami
kita perlu terus kehadapan
kita perlu bina monumen kejayaan
dan kamu harus keluar dari sini
dan kami patuh
berbondong lah para 'kami'
semuanya angan peluang yang kau nyatakan
semuanya sempurna
seperti mimpi mimpi dari syurga
keluar dari halaman kami
melangkah menuju ke kota raya
tapi tak semuanya indah
ada yang berjaya
kebanyakannya tidak
monumen yang kau bina dulu
tak ada fungsinya bagi kami
kecuali
tempat kami mereput dibawahnya
dan kini kami
disini
rindukan halaman
yang kami tinggalkan dulu.
Sunday, 27 April 2014
Mengenang Widji Thukul
Mengenang Widji Thukul
ketika kawan kawanmu ditindas
ketika kampungmu diceroboh
ketika maruah bangsamu dipijak
kau bangun
susuk yang bernama Widji
suaramu lantang bergema
menyebar ke pelusuk nusantara
sajak dan puisimu keras
tak ada kata kata khayalan dari syurga
kau lontarkan sebuah perlawanan
dalam kesedaran untuk rakyat
kau diteror anjing penguasa
akhirnya sampai matamu buta
tapi mungkin itu sebuah harga
untuk peringatan buat bangsa
tentang sebuah penindasan
kini kau lesap
disaat bangsamu memerlukan
hilangmu tak berjejak
disaat semua berteriak
tentang pemerasan berterusan
aku harap kau kembali, kawan
MANA KEBENARAN
Ahmad terjumpa dompet. Terjumpa pula orang dihadapan. Lalu
diberikan dompet itu kepada abu. Abu berada dihadapan ahmad. Si empunya dompet datang
mencari dompetnya. Abu menceritakan kepada si empunya dompet bahawasanya dialah
yang menjumpai dompet itu dan berkata ahmad cuba mencurinya. Ahmad menafikan. Dia
menceritakan hal yang sebenar tetapi tidak dipercayai si empunya dompet.
PERSOALANNYA
Siapa yang benar?
Wajarkah ahmad dipersalahkan?
REALITI
Satu pandangan cuba dilontarkan
Satu pendapat cuba dihebahkan
akibatnya
Satu mata melihat
Satu telinga mendengar
Tangan disorokkan
Mulut memutar belitkan
Bukti di hadapan mata ditolak ke tepi
Golongan bawahan mengiakan
Golongan atasan bersorak riang
Pembohongan mereka masih menjadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
