Wednesday, 28 May 2014
Melayu Nak Jadi Setan II
Rozaidi hanya berlari ikut ketua kampung. Dalam kepalanya masih keliru, dicampur serabut memikirkan rumahnya yang ditinggalkan tanpa menutup pintu. " Harap harap tengah hari ni benda ni boleh setel, dan aku boleh balik rumah makan nasik.",fikir Rozaidi.
Mereka terus berlari kearah hutan di tepi kampung. Jalan denai dalam hutan itu dihafal oleh Tok Ketua, kerana tiap minggu dia masuk ke hutan itu untuk menjerat ayam hutan. Apabila sampai di kawasan hutan yang agak lapang, mereka berhenti melepaskan lelah. Hanya mereka berdua saja yang sampai di situ. Orang kampung yang lain mungkin ketinggalan di belakang. Siapa peduli, nyawa masing masing.
"Tok ketua, macam mana boleh jadi sampai macam ni?", tanya Rozaidi pada Tuk Ketua. Dia duduk menyandar di satu perdu pohon tumbang .
"Entah lah Di, kemarin si Murad masuk hutan, nak tengok jerat pelanduk. Baliknya dari hutan senja tu benda lain yang dibawak balik. Murad sejak balik, mulutnya asyik terkumat kamit, sebut 'melayu nak jadi setan'. Apa jadah nak jadi setan pun aku taktahu, bini dia lah yang bagitahu."
" Pagi ni dia dah meraung raung sebut benda tu. Bini dia datang cari aku, suruh tengokkan. Bila kami sampai rumah dia habis dinding rumah Lee Box sebelah ditumbuknya. Dah la rumah Lee Box tu tengah renovate. Bayar dekat tukang Indonesia tu pun tak habis lagi. Yang aku pelik, macam mana dia dapat kuasa macam tu? Lepas rumah Lee Box, rumah orang kampung pulak ditumbuknya. Ada sampai yang tertimbus hidup hidup, sebab rumah runtuh".
" Habis kita nak buat macam mana ni tok? takkan kita nak pergi mengadu dekat YB? Takpayah la, YB dah tengah pening nak buat hudud, penyatuan orang Melayu lagi, kalau boleh kita setel benda ni sendiri. Kita cari jalan Tok." , ujar Rozaidi.
"Hmmm.." Wajah Tok Ketua berkerut memikirkan sesuatu.
Dari jauh kelihatan satu bayang bayang hitam mendekati mereka perlahan lahan.....
(Bersambung)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment